Berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim).
“Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14).
" Semoga Allah menyembuhkan penyakit ibuku & menabahkan hatiku dengan segala ujian yang bakal mendatang... Amin.." - Fizan
Pilih le mane satu..
Monday, May 21, 2012
Sunday, May 6, 2012
Sunday, April 15, 2012
Friday, March 16, 2012
Wednesday, March 14, 2012
Wednesday, February 15, 2012
Sunday, February 5, 2012
Saturday, December 31, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


























